Error
  • Error loading feed data

PAPARAN NOTIS UTAMA:

MindaRakyat akan memberikan fokus kepada artikel "suara rakyat" iaitu artikel daripada pelbagai latar belakang penulis tanpa mengira fahaman dan kepartian mereka.

Admin MR
11 Jun 2013, 9.30 pagi

 

Anwar: Apabila Rakyat Bangkit, Firaun Pun Boleh Tumbang

Print
User Rating:  / 1
PoorBest 
Category: Umum
Published Date

Kebangkitan rakyat yang menyeluruh mampu menumbangkan sesiapa jua sekalipun Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu percaya semangat juang rakyat untuk mempertahan negara dari pemimpin zalim boleh dilakukan, dengan mengambil contoh kejatuhan Firaun.

“Mesir dikongkong Firaun ribuan tahun. Tapi bila rakyat bangkit, Firaun boleh tumbang. Apatah lagi, firaun kecil kalau ada,” katanya, sinis dan disambut sorakan.

 

Beliau berucap demikian depan lebih 5,000 rakyat di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac.

Dalam konteks negara ini, kata Anwar, tiada kaedah lain untuk menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang kecuali melalui kebangkitan rakyat.

Beliau juga percaya, perbuatan pencacai Umno yang mengamal taktik memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, tidak akan membawa kejayaan.

“Kerja fitnah saja Umno, dia orang Melayu-Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil.

“Dia solat, pergi umrah. Tapi balik, fitnah orang. Apa jenis manusia? Keadaan sudah berubah, orang boleh fikir. Bagi wang (BRIM), ambil tapi malam dengar ceramah kita,” katanya.

lihat video

http://greenboc.blogspot.com/

Comments:

Comments (0)

500 characters remaining

Cancel or

Copyright 2011. Joomla 2.5 templates free. Custom text here