Error
  • Error loading feed data

PAPARAN NOTIS UTAMA:

MindaRakyat telah diganggu dengan 'spamming' ke database beberapa hari lalu. Harap maaf atas masalah ini dan Insya-Allah pihak kami sedang memantau gerak kerja yang dilakukan oleh pihak terbabit.

Admin MR
4 Feb 2013, 6.50 petang

 

Presiden Gamis: Mahasiswa idam 'politik intelek, bukan politik gaduh'

Print
User Rating:  / 0
PoorBest 
Category: Umum
Published Date

SHAH ALAM - Mahasiswa hanya mahu melihat kelahiran politik intelektual, bukannya politik konfrontasi, demikian kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Sambil menyifatkan mahasiswa tidak diberi kepercayaan yang sewajarnya, Azan berkata, mereka akan bangkit sekiranya terus dikongkong.

"Kita sebenarnya tidak beri kepercayaan kepada mahasiswa, kita anggap mereka lemah.



"Kita bukan mahu wujudkan politik bergaduh, sebaliknya politik intelektual tetapi mereka tiada ruang diberi," kata Azan pada siri Wacana Sinar ke-17 bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa, yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Tambah Azan, "kita kena lihat sifat dan jiwa mahasiswa, saya beri analogi yang senang, seekor harimau yang garang dalam sarkas dan diberikan latihan pada peringkat permulaan, ia memang susah untuk dijinakkan."

"Tetapi, selepas 20 tahun 30 tahun, Harimau itu sendiri tidak akan lari kerana takut dengan tuannya," ujar Azan.Dalam pada itu, Azan turut menyifatkan mahasiswa umpama harimau kerana kalau sampai masanya mereka akan mengaum.

"Mereka akan bangkit jika lama dikongkong kerana orang muda mahukan kebebasan. Kita boleh lihat dalam isu Auku," jelasnya.

Pada masa yang sama, Azan menegaskan, mahasiswa sendiri perlu mempunyai kesedaran tentang peranan mereka dalam politik.

"Rasa cakna kepada politik sangat lemah, kita seharusnya tahu bahawa politik merupakan sebahagian daripada akademik.

"Sehubungan itu, kita harus tahu dan mengambil tahu mengenai politik," jelas beliau yang menambah, "kita perlu betulkan semula sistem pendidikan, bukannya Auku."

http://wargamarhaen.blogspot.com/

Comments:

Comments (0)

500 characters remaining

Cancel or

Copyright 2011. Joomla 2.5 templates free. Custom text here