Masuk/Keluar Hantar Artikel Arkib Berita Forum E-Mail
Penulis Kami
Menu Utama
· Home
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· NukeSentinel
· Photo Gallery
· PHP-Nuke_Tools
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout_Box
· Statistics
· Stories Archive
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Video_Stream
· Web Links
· Your Account

Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.

Fokus Kami...


Resipi Puding Cendol

Penggunaan Kalimah Allah

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat

Dosa Jual Beli Hari Jumaat

Hendak Singkir Pemimpin - Tidak Perlu Adakan Muktamar Khas

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
‘Isu-isu’ utama..
Arkib...

Tops Hits Mingguan
1: Gamabar Jantan Dan Betina Sudah Ada, Nak Jumpa Saya!
    - 386 hits
2: SELENDANG UNTUK NIE CHING, UNTUK ROSMAH MANA?
    - 360 hits
3: RM 100 RIBU - AGAKNYA KALAU KHIR TOYO DIA SAPU TAK ?
    - 354 hits
4: Di Kota Raja orang Hindu & Kristian datang Tazkirah.... UmNo?
    - 342 hits
5: 2 Beranak Dibunuh, Tok Guru Lawat & Sumbang Peribadi
    - 338 hits
6: Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid
    - 282 hits
7: Sebab Nama Dia Hassan, Kalau Nama Dia Ah San….
    - 248 hits
8: Antara Inchek Ibrahim dan Nik Aziz
    - 235 hits
9: Demo hanya kerana sebungkus nasi campur?
    - 234 hits
10: Benarkah Iklan Tv3 Ini Didik Kanak-kanak Jadi Syirik?
    - 228 hits

Tops Hits Bulanan
1: HARTA `ISMET ULAM RAJA' DI LUAR NEGERI ?
    - 815 bacaan
2: Kenapa Adik Najib Senada Dengan Anwar?
    - 732 bacaan
3: TRAGEDI BAZAR RAMADHAN DI JASIN, PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA
    - 629 bacaan
4: BUTAKAH MATA JAMIL KHIR ?
    - 570 bacaan
5: Sila Pergi Ke Lebai GOOGLE
    - 552 bacaan
6: SULTAN AZLAN SHAH BIMBANG
    - 548 bacaan
7: Resepi Air Kausar
    - 502 bacaan
8: Nik Aziz Enggan Ulas Isu Nama Guan Eng Dalam Khutbah
    - 458 bacaan
9: Mengapa Hizbullah Larang Filem Iran & Kaitan Dg M'sia.
    - 457 bacaan
10: Panas: Seorang Lagi ADUN Wanita DAP Masuk Ke Dalam Masjid
    - 449 bacaan

Geng Kita..
Ini adalah penghargaan kami di MR.com untuk site Geng Kita..


Penulis Minda Rakyat

List Top User










Scrolling Users Block © 2004 Prime 1

Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: HefHeerge
New Today: 2
New Yesterday: 9
Overall: 2055

People Online:
Visitors: 80
Members: 3
Total: 83

Online Now:
01 : denangms
02 : warismegat
03 : bijigetah

Hits Laman
We received

2855987
page views since
18 Oktober 2009

Total Hits
· Hari Ini

3031

· Semalam

7425


Average Hits
· Sejam

361

· Sehari

3,912

· Sebulan

118,999

· Setahun

1,427,994


Server Time
· Time

09:48:14

· Date

07 Sep 2010

· T.Zone

+0800



: Dosa Jual Beli Hari Jumaat
Posted on Wednesday, October 28 @ 16:22:28 MYT by admin


Minda Ustaz Zaharuddin  Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT


Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?


Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama
: Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua
: Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.  

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN


Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,
Zaharuddin ABd Rahman

www.zaharuddin.net

26 Oktober 2009



[1] Ijma ini dicatatkan oleh Ibn Rusyd al-Hafid dan juga Ibn Kathir (Bidayatul Mujtahid, 4/169 ; Tafsir Ibn Kathir, 4/368)

[2] Al-Iqna', Al-Khatib, 1/151 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/39

[3] Syarh Fath Al-Qadir, 2/69 ;


Last update: 27-10-2009 07:46


 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Minda Ustaz Zaharuddin
· News by admin


Most read story about Minda Ustaz Zaharuddin:
Dosa Jual Beli Hari Jumaat


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel ini


"Dosa Jual Beli Hari Jumaat" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Dosa Jual Beli Hari Jumaat (Score: 1)
by zack79 on Tuesday, December 22 @ 21:08:57 MYT
(User Info | Send a Message)

SEPATUTNYA DIKATAKAN BEGINI :

SOAL BERJUAL BELI ATAU APA-APA KEGIATAN PADA HARI JUMAAT ADALAH DIHARUSKAN.TETAPI HENDAKLAH SOLAT JUMAAT DAN MENDENGAR KHUTBAH.KHUTBAH ITU WAJIB DIDENGAR DAN HENDAKLAH MASUK KE DALAM MASJID SEBELUM KHATIB NAIK KE MIMBAR.SEKALIPUN SESEORANG ITU HADIR JUMAAT,TETAPI TIDAK MASUK KE DALAM MASJID,BAHKAN BERMAIN-MAIN DI LUAR HALAMAN MASJID,MAKA DIA TIDAK DIKIRA SEBAGAI AHLI JUMAAT PADA HARI ITU WALAUPUN DIA MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT.KALAU HENDAK BERJUAL BELI,HENDAKLAH BERHENTI SEBELUM MASUK WAKTU ZOHOR.BIAR BERADAB SIKIT KITA DENGAN TUHAN.BERHENTI AWAL DARI MELAKUKAN APA-APA AKTIVITI.KALAU MASUK KE MASJID HAMPIR DENGAN AZAN ZOHOR,MAKA TELUR AYAM LAH DAPAT

SEKIAN 

 



Copyright Info    About Us   Privacy Policy   

PHP-Nuke PHPNuke-Downloads