Nie Ching bakal buka butik selendang?
SERDANG, 2 Sept: Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.
Topik: Minda Wan Fauzdin
|
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.
Topik: Minda Shamsul
|
Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden dapat melihat sendiri dan tersenyum bangga melihat kebangkitan luar biasa sokongan non-muslim terhadapat perjuangan Parti PAS. Tidak cukup dengan itu mereka yang non-muslim ini yang kini menjadi sayap parti yang dipanggil DHPP terkadang lebih terkehadapan dalam memperjuang dan mempertahankan kemenangan PAS dalam PRU 12 yang lalu.
Topik: Minda Dr Siti Mariah
|
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan "Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)." (Al-A'raaf: Ayat 165)
Topik: Blog @ Website
|
KL 2 SEPT 10: Minyak Sapi Ghee TIDAK Halal, tulis Blog Link 'bertajuk 'DAH BERKILO MASUK PERUT ORANG ISLAM'.
Menurut blog itu, JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.(AK
Topik: Minda Ibnu Hasyim
|
Malaysia menyaksikan peningkatan fenomena Islam pop sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kebanjiran pelbagai produk budaya popular Islam berbentuk novel, rancangan televisyen, muzik dan sebagainya.
Pada penghujung 1990-an, kumpulan nasyid Raihan, dan kemudian diikuti kumpulan-kumpulan lain memenuhi medan budaya popular Malaysia, sehingga menjadi satu bahagian besar dalam muzik Melayu.
Topik: Minda Haris Zalkapli
|
APA RASIONAL NAJIB TARIK SUBSIDI KEMUDIAN BERI BONUS – harakah daily
Langkah Najib Razak membelanjakan RM934.65 juta dengan memberi RM500 bonus kepada setiap kakitangan kerajaan wajar dipersoal secara rasional.
Topik: Minda Hishamuddin
|
Sepanjang lawatan saya ke Sarawak, kemajuan pasukan kerja rakan-rakan pimpinan Keadilan di Sarawak begitu membanggakan. Dalam rapat khas bersama pimpinan negeri petang tadi, saya sempat meneliti draf manifesto. Tumpuan adalah isu royalti minyak, pendidikan percuma, ruang kegiatan seni dan budaya semua suku kaum. YB Fuziah turut memimpin perbincangan mengenai persiapan jentera pilihanraya.
Topik: Minda Anwar Ibrahim
|
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Topik: Minda Dr Siti Mariah
|
Kalau lah jadi betul betul, kan bagus?
Masa'alahnya kita semua tahu bahawa hadirnya mereka berbaju kurung dan bertudung hanya umpama pelakon pelakon drama politik tanahair bila ke surau dan masjid masjid kita.
Sungguh! Saya akan amat bersyukur sekiranya mereka ini benar benar ingin menjadi muslimah penyembah Allah didalam ertikata sebenar benarnya.
Topik: Minda Mahaguru98
|
Aku dah sebut banyak kali dah. Umno akan terus perintah. Umno bersungguh. Sejak selepas pilihan raya umum 8/3/08, Umno begitu istiqamah dengan ketagihannya mencetuskan api perkauman. Hasilnya dah mula nampak. Banyak Melayu yang berjaya ditongongkan. Nak marah? Nak marah apa? Depa buat kerja.
Selepas tengah hari tadi, saya baca berita Malaysian Insider bertajuk "Daftar pemilih: Dap masih di depan, Umno mula kejar", saya tak terkata apa-apa. Umno sedang mengejar rapat. Akhirnya pasti dia yang akan leading. Nak tak puas hati? Nak tak puas hati apa? Depa buat kerja. Tak kira la kalau betul pun depa daftarkan pendatang yang diberikan kad pengenalan.
Topik: Minda Bakaq
|
GARA-GARA kerana sebuah lagu, pada suatu ketika rakyat Malaysia di Indonesia, terutama di Jakarta yang merupakan ibu negara berkenaan, terdedah kepada ancaman serangan buluh runcing oleh pendemonstrasi anti Malaysia.
Terbaru, gara-gara kes pihak berkuasa Indonesia yang menahan nelayan Malaysia ditahan pihak berkuasa Malaysia yang telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, bukan sahaja bendera Malaysia telah dipijak dan dilumur tahi tetapi pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta turut dilimpar tahi.
Topik: Minda Meli Kapak Jangak
|
Parti Islam Se-Malaysia PAS bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sempena kemerdekaan negara ke 53, menyatakan bahawa masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan dirosakkan oleh budaya kejumudan serta sikap melampau menerusi isu perkauman dan agama. Kenyataan ini perlu ditujukan kepada pemimpin Umno dan BN yang sering mengeluarkan kenyataan yang memanaskan suasana politik seperti panasnya cuaca di negara pada hari ini.
Topik: Minda Idris Ahmad
|
Selepas ADUN Bukit Lenjan Elizabert Wong mengunjungi Mursyidul Am TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini giliran MP Serdang Teo Nie Ching membuat demikian.
Keduanya adalah kaum Cina dan non Muslim. Tujuan kedua mengunjung Mursyidul Am PAS itu juga mempunyai tujuan yang sama. Bertanya hukum. Mereka berdua bertemu TG Nik Aziz untuk minta pandangan Tok Guru setelah isu yang melanda mereka berdua.
Topik: Minda Tok Pepijat
|
Oleh Pak Long Din
Salam semua...
Berahim sorang "jaguh kampung", tinggi betoi cita cita budak ni. Dia memang terkenal sebagai jaguh sukan "lompat katak" antara kampung. Sebabkan dia dah popular secara tak langsungnya dia pun dilantik jadi presiden Persatuan Pekasam Pekasam (PPP) yang dia sendiri tubuhkan. Sebagai presiden Pekasam, Berahim mesti dilihat tegas dan berani walaupun dia fobia dan teramat malu dengan pompuan.
Topik: Minda Umum
|
| |
PARA algojo politik cuba mempertikai dan mengaitkan langsung isu hukum hudud dengan Pas. Mereka mempersoalkan kenapa kini Pas tidak lagi memperjuangkan untuk menegakkan hudud. Kalau algojo itu memahami Pas sebagai badan siasah, mereka tidak akan mempersoalkannya. Mempersoalkan perkara itu samalah mendedahkan kebodohan diri sendiri.
Topik: Minda Sayuti
|
KL 2 Sept 10: Blog Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada Radio Manis FM yang berani memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri Kelantan menyampaikan takzirah agama, khususnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Umat Islam Malaysia perlu sedar, begitu zalimnya kerajaan BN kepada dakwah dan keilmuan Islam di negara ini.
Topik: Minda Ibnu Hasyim
|
HURU-HARA puak-puak perkauman di P.Pinang dengan kredibiliti KM P.Pinang yang Non Malay, Non Muslim tetapi jauh lebih baik dari pemimpin yang sedia ada di dalam Bn/Umno. Berbagai cara mereka atur dan susun dengan menggunakan kepala otak mereka yang sudah sedia bodoh itu untuk meruntuhkan Kerajaan PR P.Pinang, namun sehingga ini semuanya berjaya `dijentik' oleh pemimpin PR di P.Pinang.
Topik: Minda Wan Fauzdin
|
SEMINGGU lalu saya posting satu berita dalam siasatan mengenai ketua Umno sebuah bahagian Umno di Kelantan dikatakan melakukan atau menerima rasuah sex. Berita itu sempat menggemparkan banyak pihak di Kelantan. Beberapa ketua bahagian atau wakilnya juga telah menghubungi saya untuk memastikan siapakah 'si coplek' itu.
Topik: Minda Sayuti
|
Terus terang saya tidak kenal, malah tidak pernah mendengar pun nama Teo Nie Ching sebelum ini. Rupa-rupanya dia seorang wanita bertubuh langsing, boleh tahan juga wajahnya, dan bergelar Yang Berhormat. Beliau ialah Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang.
Topik: Minda Misbahul Munir
|
Untuk membawa perubahan kepada sesebuah negara bukan setakat mengubah dasar yang mungkin diterima rakyat tetapi yang lebih penting lagi ialah siapa yang hendak melaksanakan perubahan kepada dasar-dasar tersebut dengan betul.
Jika dasar yang sudah ditolak rakyat ia tidak semestinya boleh diubati dengan hanya mengubah haluan dasar yang tertulis diatas kertas secara hitam putih. Banyak dasar selama ini adalah dasar yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak dilakukan dengan baik oleh pelaksananya maka dasar itu gagal untuk mencapai matlamatnya.
Topik: Minda Aspan Alias
|
Riuh 1Malaysia tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat. Saya tidak hairan jika mereka masuk masjid dan surau dengan tidak menutup aurat kerana mereka bukan dan belum Islam. Tetapi yang menghairankan saya ialah isteri-isteri dan anak-anak perempuan pimpinan sebuah parti politik (semua orang tahu) kononnya parti Islam terbesar yang di luar dan di dalam masjid tidak menutup aurat.
Topik: Minda Sofi Wahab
|
Bila baca berita Tan Sri Musa Hassan tidak akan bertapuk lagi di kerusi Ketua Polis Negara dan akan tamat kontrak pada 12 September ini, saya teringat posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" yang menyebabkan saya ditangkap.
Saya memang delete logo yang polis marah sangat pada posting tu. Bab logo tu, saya tidak berubah sampai sekarang, it was a stupid mistake. Tetapi saya tetap tak nak tarik posting tu walaupun, ketika saya ditangkap, memang ada dicadangkan oleh polis supaya saya berbuat demikian. Tetapi, saya tetap tak nak tarik. The posting was not a mistake at all.
Topik: Minda Bakaq
|
Oleh Pak Long Din
Salam semua...
Pak Long nak sebut nama budak ni pun pi jadi keliru. Nama macam bodoh tapi perangai lagi hodoh. Pak Long mintak maap la kalau sesapa peminat budak Namewee ni yang ter"masuk" ke blog Pak Long ni... hihi... Memang tak guna pun kalau Pak Long seligi budak tak cukup akai ni teruk teruk pun, Pak Long cuma nak tegoq sikit saja. Biaq dia banyak belajaq daripada kurang ajaq.
Topik: Minda Umum
|
Propaganda adalah bahasa latin. Berasal dari kalimah propagare yang bererti mengembangkan atau memekarkan. Antara tujuan utama Propaganda adalah untuk melahirkan kepercayaan manusia terhadap sesuatu pembawaan, sama ada untuk mencipta gambaran buruk musuh, atau mencipta gambaran baik di pihak kita. Target groupnya adalah, penyokong yang memberi kemenangan [nisbah kepada politik kepartian]
Topik: Minda Wan Ji
|
Mungkin dia akan bernasib baik seperti Namewee. Yang boleh buat apa sahaja tetapi pihak berkuasa setakat panggil dia untuk ambik statement sahaja. Mengapa saya dan Bakaq Haq (Penarik Beca) dulu tak diundang untuk ambik kenyataan jugak? Kenapa mesti kami di sumbat di dalam lokap.
Topik: Minda Kickdefella
|
Sejak awal tahun ini, saya mengikuti segala perkembangan di blog tukar tiub dan saya rasa segala sindirin dan mesej yang disampaikan cukup baik untuk membuka minda rakyat malaysia yang masih ketinggalan.
Tetapi hari ini saya rasa tidak berpuas hati dengan satu artikel yang telah membuat kan saya dan pembaca lain yang bukan melayu tersinggung.
Topik: Minda Hishamuddin
|
Oleh Mohd Ali Hashim
ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.
Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.
Topik: Berita
|
Bicara tentang Merdeka, bekas MB Selangor yang juga Ketua Pembangkang Khir Toyo melontarkan persoalan serba kaya dengan sindirian di dalam blognya: Merdekakah umat Islam di Selangor?
Hujahnya, kerana PAS Selangor benar YB Teo Nie Ching (ahli parlimen Serdang) masuk ke Surau al Huda Serdang, benar wakil rakyat bukan Islam berceramah (tazkirah), benar DAP beri duit pada orang Islam dalam surau, maka kesimpulannya umat Islam di Selangor tidak merdeka!
Topik: Minda Roslan SMS
|
Malam ini aku menangis. Qiyam Ramadan aku beriring sendu. Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku. Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu.
Topik: Minda Saiful Islam
|
|